Cybernetics menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi swasta utama yang berkemampuan menyediakan graduan lengkap yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang akademik dan kemahiran sosial yang memberi kelebihan bersaing dalam pasaran kerja.

Cybernetics beraspirasi untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan

MATLAMAT

  1. Untuk melahirkan graduan berkualiti yang bukan sahaja kompetitif, berdaya maju dan mahir malah mempunyai kemahiran sosial dan beretika.
  2. Untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, inovasi dan penglibatan dalam komuniti.
  3. Untuk menggalakkan dan meningkatkan kualiti sistem pengurusan pendidikan yang efektif, cekap dan mesra pelajar melalui kecemerlangan sumber manusia dan persekitaran pembangunan profesional.
  4. Untuk berkembang dan membentuk sebuah institusi pendidikan yang mengintegrasikan kualiti total dan konsep organisasi pembelajaran.