ceo

En. Mohamad Shahidi Bin Sawai

CiNT mengalu-alukan kedatangan pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bersesuaian dengan motto “Graduan Leadership, Garapan Industri”, CiNT menerapkan ciri-ciri seorang pemimpin untuk melahirkan graduan yang Berilmu, Berketerampilan dan Berjasa.

Matlamat utama CiNT ialah untuk melahirkan graduan yang cemerlang melalui program pengajian yang banyak memberi PENDEDAHAN & PENGALAMAN PRAKTIKAL yang relevan dan BERSEDIA UNTUK PASARAN KERJA.

Kami memberi penumpuan untuk melahirkan graduan-graduan berkepimpinan (Leadership) yang berkemahiran berkomunikasi (Communication Skill) dan digarap untuk memenuhi keperluan industri (Industrial Ready).