Pengambilan Pelajar

Unit Pemasaran bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan, pengambilan pelajar baru dan juga pengurusan penginapan pelajar. Unit ini diketuai oleh Ketua Pegawai Pemasaran  dan dibantu oleh 9 orang pegawai pemasaran. Unit Pemasaran  memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi sistem pengurusan dan pemasaran di Cybernetics International College (Cint).

Antara Peranan yang dimainkan oleh unit pemasaran adalah :

  • Menguruskan hal-hal berkaitan surat menyurat.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan sistem fail kolej.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan tempahan kemudahan.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran am.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan khidmat kaunter dan khidmat telefon.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan khidmat perhubungan pelanggan.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan pengumpulan maklumat pelajar.